Sunday, June 30, 2019

JEMAAH SMK SUBANG SELESAI MENGERJAKAN 'HAJI'

ASSALAMUALAIKUM para pembaca yang budiman,

Para jemaah haji dari SMK Subang menjadi jemaah penutup bagi kursus haji anjuran PUPAQSI untuk bulan Jun 2019, jumlah jemaah yang mencecah hampir 250 orang pelajar yang terdiri dari pelajar tingkatan 4 sekolah tersebut dilihat begitu bersemangat untuk mengerjakan ibadah haji pada hari tersebut.

Salah seorang dari jemaah haji tersebut menyatakan bahawa beliau kini sudah memahami dengan lebih mendalam tentang teori yang diajar oleh para asatizah di dalam kelas. Sementara ahli jemaah 'haji' yang lain pula menyatakan bahawa penganjuran lambian kaabah ini memberi suntikan semangat kepada beliau untuk merasai sendiri kenikmatan mengerjakan haji di tanah suci.

Oleh yang demikian, pihak PUPAQSI berasa tertarik untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada anak-anak di sekolah lain bagi melaksanakan simulasi haji ini. Untuk pengetahuan semua, PUPAQSI merupakan sebuah badan pengelola untuk program-program motivasi dan program di bawah Panitia Pendidikan Islam. Antara program lain yang kami anjurkan ialah : Smart Solat, Akil Baligh, Pemantapan Akidah, Kursus Badan Beruniform dan banyak lagi.

Bagi mendapatkan gambaran lanjut mengenai Lambaian Kaabah ini, pembaca bolehlah melihat gambar-gambar dan montaj sepanjang penganjuran Lambaian Kaabah sebelum ini di facebook "Pupaqsi Perunding Motivasi".

Tidak lupa juga, sekiranya ada pihak berminat untuk menjalankan program Lambaian Kaabah, boleh terus berhubung dengan En. Zaid (0192202327).


PENDAFTARAN KELAS MENGAJI SENTIASA TERBUKA

Assalamualaikum, PERHATIAN!!!

PERHATIAN, PERHATIAN kepada Ibu, ayah, kakak-kakak, abang-abang, jiran tetangga dan kepada mereka yang mencari kelas mengaji mampu bayar.


Alangkah gembiranya apabila mendengar  alunan al-Quran ANAK ANDA SENDIRI dengan lancar?


Tidakkah ANDA inginkan anak anda menjadi INSAN yang lebih hebat dalam ilmu al-Quran?


Malu kerana bacaan belum lancar lagi? Jom segera daftar dengan kami kerana kami menggunakan sistem 1 to 1 :), Jadi tenaga pengajar kami memang akan fokus kepada pelajar.


PUPAQSI ada menawarkan kelas mengaji di Fasa 4, Taman Melawati untuk kanak-kanak, silibus pengajaran berdasarkan kemampuan pelajar.

Sesi pembelajaran adalah berdasarkan masa yang tertera didalam poster..


Kaedah pembelajaran adalah menarik kerana pengajar kami adalah yang bertauliah.

Jom daftar sekarang!!!

Untuk mengetahui lebih lanjut,

Boleh hubungi +60 19-220 2327 Ustaz Zaid.

ataupu boleh kunjungi laman Facebook kami https://www.facebook.com/pupaqsi/



Thursday, June 27, 2019

ADAB MEMBACA AL-QURAN

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua pembaca yang budiman,
hari ni pembaca sekalian dah baca quran ke ? eh belum lagi ye, haa takpe-takpe. Hari ni admin nak berkongsi dengan pembaca sekalian adab-adab semasa kita membaca al-Quran.

Kenapa kita perlu beradab semasa baca al-quran ye ? Kerana al-Quran ni ialah kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Rasulullah. Al-Quran ini suatu yang cukup mulia bagi kita umat Islam.

baiklah, tanpa melengahkan masa lagi kita terus bercerita tentang adab kita dengan al-Quran.

Antara adab-adab membaca al-Quran ialah:
• Bersiwak atau membersihkan mulut
• Memilih tempat bersih dan utama khususnya masjid
• Mengadap kiblat sekiranya membaca di luar solat
• Membaca taawuz (meminta perlindungan daripada syaitan) dan basmallah
• Khusyuk dan merenung makna ketika membaca
• Mengulang-ulang ayat supaya dapat direnung secara mendalam
• Menangis dengan menghadirkan perasaan sedih dalam hati terutama ayat peringatan, ancaman dan janji serta dosa yang dilakukan
• Tartil, iaitu membaca dengan jelas dan tidak terburu-buru
• Memohon rahmat atau meminta jauh daripada kejahatan dan seksaan ketika membaca ayat berkaitan
• Tidak ketawa, bising dan bercakap sesuatu yang sia-sia
• Membaca dengan salah satu daripada tujuh qiraat (cara bacaan yang disepakati)
• Membaca dengan mashaf lebih utama daripada membacanya berdasarkan hafazan
• Dianjurkan membaca secara berjemaah dan diharuskan secara bersilih ganti
• Menggunakan suara yang kuat
• Sunat mengindahkan suara atau melagukan bacaan al-Quran

Sunday, June 23, 2019

Kecil-kecil dah Pergi 'Haji'

Alam Melayu begitu sinonim dengan peribahasa yang mendalam maksudnya, salah satu contoh yang paling mudah adalah peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Rebung di sini boleh diibaratkan sebagai anak-anak yang masih kecil, yang masih bersekolah, pada peringkat ini mereka masih boleh dididik dan dibentuk supaya mengikut acuan yang telah ditetapkan.

PUPAQSI melihat peribahasa ini sebagai satu tunjang kekuatan untuk mendidik anak-anak di peringkat sekolah lagi supaya mengenali dan mendalami dengan lebih dekat lagi amalan yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam iaitu ibadah haji. PUPAQSI
dengan kerjasama sekolah-sekolah telah banyak melaksanakan kursus amalai haji ataupun lebih dikenali sebagai Lambaian Kaabah. Program ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memupuk dan menanam semangat dalam diri pelajar supaya bercita-cita untuk melaksanakan amalan haji ini bila mereka sudah dewasa.

Pada minggu lepas, 20 Jun 2019 PUPAQSI dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Puteri Titiwangsa telah melaksanakan Program Lambaian Kaabah kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 sekolah tersebut. Program ini juga bertepatan dengan sukatan pelajaran mereka di tingkatan empat iaitu pelajaran tentang haji. Pihak PUPAQSI percaya, ilmu teori yang diajar di dalam kelas akan dapat diperkuatkan lagi pemahamannya apabila para pelajar turun padang sendiri bagi merasai pengalaman mengerjakan ibadah haji secara praktikal.

Berselang dua hari kemudian, iaitu pada 22 Jun 2019, pihak PUPAQSI sekali lagi turun ke sekolah untuk berkongsi ilmu tentang praktikal haji. Pada kali ini PUPAQSI bekerjasama dengan pihak SRA Al-Suyuthi yang mana menyasarkan anak-anak pelajar tahun 6 untuk merasai sendiri pengalaman melaksanakan ibadah haji. Para pelajar begitu bersemangat dalam melaksanakan simulasi ini. Pada akhir program tersebut, jelas terpancar kegembiraan pada wajah para pelajar walaupun mereka keletihan melaksanakan simulasi haji tersebut.

PUPAQSI mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput PUPAQSI untuk berkongsi ilmu bersama adik-adik di sekolah masing-masing.

Sekiranya ada pihak yang berminat untuk melaksanakan simulasi haji ini ataupun lebih dikenali sebagai Lambaian Kaabah, pihak tuan bolehlah menghubungi pengurus PUPAQSI, Ustaz Zaid di talian 019-2202327. Semoga perkongsian ilmu mampu memberi manfaat kepada semua pihak, In Sya Allah.

https://www.facebook.com/pupaqsi/ gambar-gambar program boleh rujuk pada pautan yg disediakan

Thursday, June 13, 2019

TAZKIRAH PAGI JUMAAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca budiman,

Setiap minggu kita akan didatangkan dengan hari yang digelar Penghulu Segala Hari, siapa boleh teka hari apa ? ya sudah tentu hari itu hari JUMAAT. Terdapat begitu banyak kelebihan hari Jumaat namun di sini penulis akan menyenaraikan beberapa kelebihan yang sering diperkatakan iaitu :
  • Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
  • Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
  • Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
  • Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
  • Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
haa kan dah baca kelebihan-kelebihan hari Jumaat, selain kelebihannya ada juga perkara yg dianjurkan untuk kita melakukannya pada hari Jumaat.
antaranya
selain itu, perkara sunat yang dianjurkan juga termasuklah :
  • Mandi sunat Jumaat dan membersihkan diri sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat
  • Memotong kuku 
  • Mencabut bulu ketiak serta ari ari dan juga mencukur misai.
  • Memakai wangi wangian
  • Memakai pakaian yang bersih dan cantik
  • Membaca surah al Kahfi pada malam Jumaat dan siangnya
  • Memperbanyakkan selawat ke atas nabi اللهم صل على محمد وآل محمد.
  • Memperbanyakkan meminta doa
  • Memperbanyakkan amalan yang baik seperti bersedekah dan membantu orang lain
  • Datang awal ke masjid 
  • Mendirikan solat sunat Tahiyattul Masjid 2 rakaat walaupun imam sedang menyampaikan khutbah
  • Hendaklah tidak berkata kata dan berdiam diri ketika khutbah disampaikan

sama-samalah kita merebut peluang untuk berbuat pahala di hari Jumaat yang penuh mulia ini.😉

PENDAFTARAN KEM CUTI SEKOLAH

Powered byEMF Online Payment Form