Sunday, June 23, 2019

Kecil-kecil dah Pergi 'Haji'

Alam Melayu begitu sinonim dengan peribahasa yang mendalam maksudnya, salah satu contoh yang paling mudah adalah peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Rebung di sini boleh diibaratkan sebagai anak-anak yang masih kecil, yang masih bersekolah, pada peringkat ini mereka masih boleh dididik dan dibentuk supaya mengikut acuan yang telah ditetapkan.

PUPAQSI melihat peribahasa ini sebagai satu tunjang kekuatan untuk mendidik anak-anak di peringkat sekolah lagi supaya mengenali dan mendalami dengan lebih dekat lagi amalan yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam iaitu ibadah haji. PUPAQSI
dengan kerjasama sekolah-sekolah telah banyak melaksanakan kursus amalai haji ataupun lebih dikenali sebagai Lambaian Kaabah. Program ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memupuk dan menanam semangat dalam diri pelajar supaya bercita-cita untuk melaksanakan amalan haji ini bila mereka sudah dewasa.

Pada minggu lepas, 20 Jun 2019 PUPAQSI dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Puteri Titiwangsa telah melaksanakan Program Lambaian Kaabah kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 sekolah tersebut. Program ini juga bertepatan dengan sukatan pelajaran mereka di tingkatan empat iaitu pelajaran tentang haji. Pihak PUPAQSI percaya, ilmu teori yang diajar di dalam kelas akan dapat diperkuatkan lagi pemahamannya apabila para pelajar turun padang sendiri bagi merasai pengalaman mengerjakan ibadah haji secara praktikal.

Berselang dua hari kemudian, iaitu pada 22 Jun 2019, pihak PUPAQSI sekali lagi turun ke sekolah untuk berkongsi ilmu tentang praktikal haji. Pada kali ini PUPAQSI bekerjasama dengan pihak SRA Al-Suyuthi yang mana menyasarkan anak-anak pelajar tahun 6 untuk merasai sendiri pengalaman melaksanakan ibadah haji. Para pelajar begitu bersemangat dalam melaksanakan simulasi ini. Pada akhir program tersebut, jelas terpancar kegembiraan pada wajah para pelajar walaupun mereka keletihan melaksanakan simulasi haji tersebut.

PUPAQSI mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput PUPAQSI untuk berkongsi ilmu bersama adik-adik di sekolah masing-masing.

Sekiranya ada pihak yang berminat untuk melaksanakan simulasi haji ini ataupun lebih dikenali sebagai Lambaian Kaabah, pihak tuan bolehlah menghubungi pengurus PUPAQSI, Ustaz Zaid di talian 019-2202327. Semoga perkongsian ilmu mampu memberi manfaat kepada semua pihak, In Sya Allah.

https://www.facebook.com/pupaqsi/ gambar-gambar program boleh rujuk pada pautan yg disediakan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN KEM CUTI SEKOLAH

Powered byEMF Online Payment Form