Wednesday, June 12, 2019

SIRI BAHASA ARAB MUDAH

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua pembaca, bermula hari ini Pupaqsi.blogspot.com akan berkongsi ilmu bahasa Arab bersama rakan-rakan pembaca. Tahukah kalian bahawa orang Melayu sangat beruntung kerana bahasa Arab itu sebenarnya sangat dekat dengan kita. Sebagai contoh sejak dari kecil lagi kita didedahkan dengan ibadah-ibadah dan bacaan ayat suci al-Quran yang sudah pasti ianya dalam bahasa Arab. Rugi sebenarnya jika kita tahu membaca al-Quran dan mengamalkan bacaan dalam solat tetapi tidak faham akan maksudnya. Jadi marilah sama-sama kita belajar bahasa arab bersama-sama.

Sebagai permulaannya, kita akan senaraikan perkataan Arab yang sering digunakann di Malaysia,:
  • Assalamualaikum
  • Waalaikumussalam
  • ukhwah
  • silaturrahim
  • adab
  • azan
  • hukum
  • akhlaq
  • amanah
  • zikir
  • halal
  • haram
  • aidilfitri
  • hakim
  • imam
  • jannah
  • kalam
  • malaikat
  • maulana
  • qur'an
  • solat
  • syaitan
  • wajib
  • zakat
ada perkataan yang membawa maksud yang sebenar dan ada juga maksudnya yang telah berubah dari maksud sebenar:

selain dari perkataan yang telah diberi, bolehtambah perkataan Arab lain yang sering digunakan di Malaysia di ruangan komen di bawah. 😉
terima kasih kerana sudi membaca


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN KEM CUTI SEKOLAH

Powered byEMF Online Payment Form