“1
RUMAH, 1 HAFIZ”
Sekolah Tahfiz Integrasi Waris Alam
(SEKTIWA)
Pengenalan SEKTIWA:
Sekolah Integrasi Tahfiz Waris Alam atau dikenali sebagai SEKTIWA bertujuan membantu para pelajar mempertingkatkan cara bacaan serta membimbing
dalam menyempurnakan ilmu Al-Quran. Pengasasnya
adalah Ustaz Zaid
Bin Muhammad yang juga merupakan pengurus syarikat Pengajian Al Quran Sistem
Individu (PUPAQSI), Taman Melawati. Untuk pengetahuan SEKTIWA merupakan sebuah pusat pendidikan swasta.
SEKTIWA bermula di cawangan pertama di No.32A Jalan E1 Fasa 4,
Taman Melawati, 68000 Ampang, Selangor yang fokus kepada penduduk setempat. Dengan
semangat dan usaha ini kami bermula dengan memberi peluang yang luas kepada
ramai anak-anak tempatan untuk menyertai SEKTIWA. SEKTIWA akan mula beroperasi pada Jan 2019.
Di SEKTIWA, Kami amat mementingkan kualiti bacaan hafalan dari
segi bacaan, tajwid, tulisan dan sebagainya. SEKTIWA juga memberi keutamaan
kepada pelajar yang mempunyai bacaan dan ilmu tajwid yang baik.
SEKTIWA juga bakal menawarkan kepada para pelajar berkaitan
asas-asas kebudayaan melayu falsafah dan pendidikannya tanpa mengenepikan ilmu
fardhu ‘ain didalam sukatan pelajarannya. Hal ini bagi memastikan para pelajar
tahfiz yang dilahirkan mempunyai jiwa melayu Islam yang mampu menghafal
AL-Quran sekaligus berindentitikan melayu sejati yang terpupuk pada
percakapannya, perbuatannya dan pada penampilannya.
Di SEKTIWA ini para pelajar tidak terikat dengan penampilan biasa
yang terlihat dikalangan para pelajar tahfiz bahwakan akan tampil dengan penampilan
pakaian melayu. Para pelajar juga akan mempelajari modul khas sebagai
kokurikulum yang mencakupi hal-hal penerapan keilmuan melayu seperti:
ü Busana melayu
ü Silat melayu
ü Adab & adat melayu
ü Dan lain-lain lagi.
Manakala dalam teknik menghafal, para pelajar bukan sahaja
semata-mata menghafal tetapi perlu juga menulis ayat-ayat yang telah dihafal.
Syarat kemasukan SEKTIWA:
ü
Mengetahui
ilmu tajwid
ü
Mahir
membaca Al-Quran
ü
Lelaki
ü
Berumur
diantara 8 hingga 17 tahun
Jadual Pengambilan & Yuran Pegajian SEKTIWA:
ü Permohonan dibuka SEKARANG bulan Julai sehingga
Disember 2018
ü Untuk Pengambilan adalah setiap Jan dan Jun
ü Yuran bulanan sebanyak RM 250
ü Tiada had pendaftaran
Maklumat tambahan SEKTIWA:
ü
Tempat
pembelajaran yang kondusif
ü
Terdapat
kemudahan internet
ü
Terdapat
dua (2) sesi pembelajaran
·
Sesi
pagi: 8:00pagi – 11:00pagi
·
Sesi
petang: 2:00petang – 5:00petang
ü
Tenaga
pengajar adalah yang berkelayakan
Pendaftaran SEKTIWA:
Sila hubungi ustaz Zaid bin
Muhammad di +60 19 220 2327 untuk perdaftaran dan yuran pengajian
Borang boleh didapat di (DOWNLOAD
LINK & GOOGLE FORM)
Boleh juga terus ke:
Pusat Pengajian AL-Quran Sistem
Individu (PUPAQSI)
32, Jalan E 1, Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur, Selangor.
No.Tel: 03-4162 0305
No comments:
Post a Comment