Tuesday, July 17, 2018

SMK CENDERAWASIH KUANTAN - Simulasi Haji/ Lambaian Kaabah di

Assalamualaikum semua..
Subhanallah walhamdulillah Allahuakbar!!!
Sempena musim haji dah nak dekat, kali ni entri blog ni admin akan update pasal program simulasi haji yang telah diadakan di SMK Cenderawasih, Kuantan.

Firman Allah yang bermaksud:
     "Allah (SWT) mewajibkan atas manusia untuk mengerjakan ibadah ahji bagi yang mampu mengadakan perjalanan ke sana." (Surah al-Imran, ayat 97)

Program "Lambaian Kaabah" ini diadakan di SMK Cenderawasih pada 13 Julai 2018 iaitu pada hari Jumaat yang lepas. Program seperti ini sangatlah menarik kerana dapat memberi peluang kepada pelajar untuk merasai 'pengalaman' menunaikan ibadah haji sekali gus dapat memberi gambaran kepada pelajar tentang situasi sebenar ketika menunaikan ibadah haji.


Barang-barang dan prop inshaAllah kami sediakan semua


Pelajar diberi peluang untuk merasai pengalaman dalam simulasi haji ini.






       Di samping itu, ibadah haji juga merupakan salah satu daripada proses pemantapan taqwa seseorang hamba. Perkara ini jelas melalui ayat-ayat perintah mengenai perlaksanaan ibadah haji antaranya dalam firman Allah iaitu:
   "Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidak berdosa; ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya"


Kepada sekolah ataupun agensi-agensi ataupun surau/masjid yang berminat utntuk mengadakan program seperti ini jangan segan-segan hubungi kami di:
019-2202327 (Ustaz Zaid)
03-41620302 (no. pejabat)
Jemput like page fb: https://www.facebook.com/pupaqsiHQ

InshaAllah harga yang terbaik yang kami akan tawarkan!!


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN KEM CUTI SEKOLAH

Powered byEMF Online Payment Form