Thursday, August 2, 2018

LAMBAIAN KAABAH / SIMULASI HAJI

Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam ke atas kunjungan baginda Rasulullah

Pada 20 Julai 2018 yang lalu, Smk Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengadakan program "Lambaian Kaabah" ataupun dikenali dengan  " Simulasi Haji" di bawah Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama pihak Pusat Pengajian al-Quran Sistem Individu (PUPAQSI). Selain itu,  SMK Subang juga telah mengadakan program yang sama pada 28 Julai 2018 dan diikuti dengan SMK Subang Bestari pada 30 Julai dan SMK Kota Damansara Seksyen 4 pada 31 Julai 2018.


PUPAQSI merupakan syarikat yang menyediakan khidmat mengajar mengaji. Di samping itu, PUPAQSI merupakan syarikat konsultant yang telah beroperasi hampir 15 tahun.


 Melalui program ini, pihak pupaqsi menyediakan slot2 menarik untuk pihak yang bekerjasama dengan kami. Antara objektif kami yang ingin dicapai ialah kami ingin mendedahkan para pelajar tentang kepentingan ibadah. Selain itu kami memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai pengalaman sebenar "mengerjakan " ibadah haji secara teori dan amali melalui simulasi haji.

Jom kita sama- sama tengok gambar pada hari kejadian...







Untuk melihat lebih banyak foto, bolehla tengok di Facebook kami :)





No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN KEM CUTI SEKOLAH

Powered byEMF Online Payment Form