Tuesday, July 31, 2018

KEM IBADAH SMK ASSUNTA

Assalamualaikum w.b.t

Pada 21 dan 20 Julai 2018 yang lalu, SMK Assunta telah mengadakan "KEM IBADAH" dengan kerjasama pihak PUPAQSI. Anggaran pelajar seramai 100 orang menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu hari Jumaat dan Sabtu. Pihak PUPAQSI dengan kerjasama pihak panitia Pendidikan Islam SMK Assunta telah melakasanakan program ini mengikut 'modul 3 dalam 1' iaitu SMART Solat, Pemantapan Sahsiah dan Anda Bijak Jauhi zina


Objektif program ini diadakan adalah untuk:

1)   Untuk mendedahkan kepada para peserta konsep beribadah kepada Allah dalam erti kata yang sebenar
2)   Untuk mendidik diri supaya bertanggungjawab dalam mengerjakan solat.
3)   Untuk mengetahui konsep bersuci yang sebenarnya
4)   Untuk melahirkan generasi yang berperibadi dan berakhlak mulia.
`    5)  Untuk mengetahui batas pergaulan muslim dan menjauhi zina
     6)  Untuk membina keyakinan diri pelajar dalam usaha membentuk mereka
                 menjadi remaja contoh dalam masyarakat




Peserta sekolah bersama dengan guru- guru yang terlibat serta pihak PUPAQSI



Sesi pembentangan daripada pelajar-pelajar SMK Assunta

Slot praktikal solat.


Akak Fasi dan peserta SMK Assunta


Untuk melihat gambar-gambar lain, anda boleh lah lawati Facebook kami : https://www.facebook.com/pupaqsi/
Jangan lupa like FB page kami ;)




No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN KEM CUTI SEKOLAH

Powered byEMF Online Payment Form