Sunday, July 29, 2018

PENGURUSAN JENAZAH SMK PANCHOR DAN SBPI JEMPOL

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t



InshaAllah pada entri kali ni, admin akan update tentang pegurusan jenazah pada yang diadakan di SMK Pancur pada tanggal 14 Julai 2018 yang lalu manakala SBPI Jempol pula telah mengadakan program ini pada 18 Julai yang lalu.

Seperti mana yang kita sedia maklum, bahawa pengurusan jenazah ialah fardhu kifayah. Fardhu kifayah wajid dikerjakan oleh seorang ataupun sebahagian daripada orang Islam, tanpa melihat siapa orangnya tidak kira, bangsa ataupun status seseorang itu sendiri, kaya atau miskin. Apabila ia dilaksanakan, maka hilanglah tuntutan kewajiban ke atas orang lain. Tetapi, jika tiada seorang pun yang tidak mengerjakan, maka semua orang akan berdosa. Dalam konteks ayat yang berbeza, fardhu kifayah adalah wajib dilaksanakan oleh seorang ataupun sekumpulan yang mewakili masyarakat Islam di sesebuah kawasan tersebut. Apabila kewajiban ini telah disempurnakan, maka gugurlah kewajipan tersebut ke atas seluruh masyarakat yang terlibat.


Sehubungan dengan itu,Smk Pancur dan juga SBPI Jempol telah memgadakann pengurusan jenazah dengan kerjasama bersama pupaqsi untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada anak- anak pelajar tentang pengurusan jenazah.


SMK PANCHOR

Barang untuk mandi dan pengurusan jenazah akan disediakan oleh pihak PUPAQSI.


Pelajar akan diberi briefing secara teori dahulu sebelum memulakan sesi praktikal iaitu memandikan jenazah dan juga mengkafankan jenazah.






Pelajar-pelajar diberi tunjuk ajar untuk memandikan jenazah.









Pelajar2 sekolah diberi tunjuk ajar oleh tenaga pengajar cara-cara mengkafankan jenazah dengan betul




 Apabila sudah selesai, pelajar diajar secara praktikal untuk melaksanakan solat jenazah.


SBPI Jempol

Pelajar-pelajar sendiri dapat belajar cara-cara untuk 
mengkafankan dan memandikan jenazah




 Untuk gambar yang kebih banyak, anda semua boleh lah lawati facebook kami
https://www.facebook.com/pg/pupaqsi/photos/?ref=page_internal








No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN KEM CUTI SEKOLAH

Powered byEMF Online Payment Form