Wednesday, July 25, 2018

KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DI SMK SULTAN SALAHUDIN ABDUL AZIZ SHAH OLEH PUPAQSI

Assalamualaikum w.b.t

InshaAllah hari ni admin akan update entri blog ni tentang PROGRAM KESEDARAN KENDIRI Tingkatan 4 di Smk Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah...

Sebelum admin up kan gambar comel adik2 sepanjang masa program ini berlangsung, suka untuk admin share kan satu ayat dari kitab suci al-Quran dengan pembaca semua.

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tipa-tipa orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." (Surah Luqman:18)

Daripada sepotong ayat suci al-Quran ini, sangat banyak nilai2 yang baik dapat kita ambil daripada ayat ini. Antaranya ialah Allah s.wt memerintah kan hambanya supaya tidak menjadi sombong dengan sesama lain. Apa gunanya sombong dengan orang lain kerana perbuatan ini bukanlah disukai orang ramai. Oleh itu, kita mestilah sentiasa sentiasa berbaik- baik sesama manusia dan juga menghormati satu sama lain. Contohnya, kita sebagai seorang anak, wajib keatas kita menghormati ibu bapa kerana jasa mereka membesarkan kita sesungguhnya tidak terbalas.

Oleh itu, program seperti ini yang diadakan di sekolah sangatlah penting dilaksanakan untuk para pelajar yang kian menginjak ke alam remaja dan dewasa supaya mereka boleh mengenal yang mana baik dan buruk.

Jom kita tengok sama-sama gambar program:








Kami dari pihak PUPAQSI mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memilih kami untuk memyediakan perkhidamatan kami.

Pinjam beberapa saat, JOM KITA BERSELAWAT bersama-sama


 Sekian, terima kasih, jumpa lagi pada entri akan datang. Assalamualaikum...





No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN KEM CUTI SEKOLAH

Powered byEMF Online Payment Form